Urut, Massage, Acupressure, Acupuncture Apa Sebenarnya?

Salam sejahtera, terima kasih kerana melayari BLOG URUT JAWI.

Posting kali ini saya nak berkongsi dengan anda tentang term-term yang ada dalam dunia urut ni.
Ramai yang pening-pening dengan istilah yang terkait dengan urut ni. Hakikatnya semua, semua ni urut, massage, acupressure dan acupuncture ni tujuanya sama sahaja iaitu menyelesaikan masalah sakit yang ada pada pesakit. Tetapi antara 4 ni ada perbezaan-perbezaan yang anda perlu tahu dan kenali.

Acupuncture dan acupressure tepatnya berasal dari perubahan amalan tradisional Cina (Traditional Chinese Medicine atau TCM). Kedua-dua teknik ini mengenakan satu tekanan yang khusus kepada titik-titik tertentu pada tubuh badan. Cuma acupressure ini menggunakan tekanan daripada tangan kepada tubuh pesakit sedangkan acupuncture menggunakan jarum.

Urut atau massage pula lebih mirip kepada acupressure iaitu menggunakan tangan untuk memberi tekanan kepada titik-titik tertentu. Namun urutan melayu ini lebih mendalam dimana tekanan yang diberikan cukup kuat untuk mempengaruhi otot yang ada pada titik tersebut.

Dalam rawatan TCM teori yang digunakan lebih kepada meridian line atau laluan yang digunakan oleh tubuh untuk menyalurkan tenaga atau QI. Tetapi dalam urut tradisional melayu, meridian line ini dikenali sebagai urat utama yang memmbawa darah.

Teori perubatan Cina mengatakan “Apabila QI mengalir dengan baik, tubuh badan kita akan sihat dan jika QI ada yang terhalang, penyakin akan menyusul.” Jadi tekanan yang diberikan ke atas meridian line ini secara langsung menjadikan aliran QI tersebut kembali normal.

Manakala dalam teori urutan melayu, “Apabila darah mengalir baik, tubuh badan akan sihat dan aliran darah ini boleh terganggu oleh angina yang ada dalam badan kita”.

Pada kami di Urut Jawi, kedua-dua teori ini adalah merujuk kepada perkara yang sama iaitu aliran yang baik dan memulihkan aliran. Jadi URUTAN PENYEMBUHAN yang di buat di Urut Jawi merangkumi gabungan teori ini dimana tekanan urutan yang diberikan cukup kuat untuk membetulkan otot-otot terlibat dan dalam masa yang sama, tekanan yang telah diberikan dapat memastikan aliran darah atau QI berjalan dengan lancar kerana titik-titik urutan dan meridian line yang disebut sebelum ini adalah bersamaan.

Gabungan teori ini memberikan impak yang sangat baik. URUT JAWI berharap kami dapat berikan khidmat urutan ini kepada lebih ramai orang dari seluruh Malaysia.