Salam sejahtera, terima kasih melayari BLOG URUT JAWI.
Dalam posting kali ini, Urut Jawi nak berkongsi URUTAN BADAN URUT JAWI yang diberikan kepada pelanggan kami
Teknik urutan ini sebenarnya sangat pelbagai namun urutan kami tidak menggunakan teknik massage sebaliknya urutan tradisional melayu dan digabungkan dengan teknik perubatan cina. Jadi para perawat yang bertugas akan menggunakan tangan atau alatan tambahan untuk memberikan tekanan pada titik-titik urat tertentu pada tubuh yang boleh membantu proses penyembuhan.
Gabungan teknik melayu dan teknik perubatan cina alhamdulillah banyak membantu Urut Jawi menyelesaikan masalah pesakit dan memberikan banyak kebaikan kepada para pelanggan kami.
Amalan kerja di URUT JAWI adalah mementingkan kebersihan kemudahan di tempat urut dengan pembersihan secara berkala serta SANITASI dibuat sebelum dan selepas sesi urutan termasuk membersihkan diri dan tangan para perawat.
Fasa ini dibulakan dengan urutan pada bahagian belakang badan. Fasa ini membolehkan penyakit-penyakit urat atau angina yang berlaku pada bahagian badan ke atas pinggang diselesaikan terlebih dahulu.
Teknik tekanan dan gasakan urat akan digunakan supaya keseluruhan system badan dapat dibaiki dengan sempurna.
Semasa fasa kedua, urutan akan tertumpu kepada bahagian pinggang dan ke bawah.
Sebagai pemangkin dan untuk pastikan urutan berkesan, teknik lipatan anggota badan dan rawatan garis tubuh digunakan untuk memastikan keselurusan urat saraf dapat dirangsang dengan baik.
Tumpuan akan diberikan pada bahagian peha, betis dan luar serta dalam bahagian tersebut. Celahan tulang betis juga akan diberi perhatian agar kesan urutan menjadi maksima.
Fasa ketiga ini tertumpu kepada tapak kaki dimana reflexology akan digunakan sepenuhnya. Reflexology tapak kaki dapat menormalkan kembali fungsi-fungsi organ dalaman. Selain daripada itu kelebihan reflexology juga membantu dalam usaha untuk ikhtiar pengandung bagi yang sudah berkahwin.
Fasa urutan terakhir ialah bahagian bahu, lengan, leher dan kepala. Pada bahagia ini kebiasaannya lebih tertumpu kepada lenguh-lenguh tangan. Dan kepala adalah bahagian penutup kepada sesi urutan ini.
Prosess urutan pemulihan ini mengambil tempoh masa sekitar 60 minit seningga 120 minit bergantung kepada pemilihan booking urutan dan keadaan pesakit. Para pesakit juga diberi kebebasan sama ada untuk memanjangkan sesi urutan mengikut keselesaan.
ALAMAT:
60 Tingkat 2, Jalan Jawi Jaya 1, Taman Jawi Jaya, 14200 Sungai Jawi, Pulau Pinang.