URUT TRADISIONAL JAWI merupakan satu JENAMA yang telah ditubuhkan pada MAC 2021 oleh ZULHILMI BIN HARMAN semasa pasca pendemik Covid-19. Jenama ini dipilih atas beberapa faktor iaitu (1) Faktor Lokasi dimana lokasi pengurusan syarikat yang pertama terletak di Sungai Jawi, Pulau Pinang dan (2) Jantina dimana pada dasar awalnya, jenama ini tertumpu kepada urutan kaum lelaki sahaja, semua sedia maklum yang “Jawi” merupakan sesuatu yang sinonim dengan kaum lelaki yang berugama Islam. Maka atas faktor tersebut jenama ini dipilih dan dikembangkan dibawah SYARIKAT KEMBARA INDAH NIAGA (PG0334983-A) yang dimiliki sepenuhnya oleh ZULHILMI BIN HARMAN.
Perkhidmatan yang ditawarkan oleh Urut Tradisional Jawi dikhususkan kepada rawatan alternatif dalam merawat kesihatan fizikal para pelanggan. Teknik yang digunakan lebih mirip kepada Traditional Chinese Medicine yang telah diubahsuai menjadi TEKNIK PEMYEMBUHAN yang holistic dengan adanya amalan-amalan rawatan ISLAM yang lebih diterapkan dalam langkah-langkah dan proses jenama ini. Setelah hampir setahun olahan selepas penubuhan jenama ini teknik urutan Urut Tradisional Jawi ini memberikan kesan yang sangat positif dalam kalangan pelanggan.