Urutan Therapeutic




SIAPA BIASA? AMARAN UNTUK ANDA! BACA SEKARANG!
SIAPA BIASA? AMARAN UNTUK ANDA! BACA SEKARANG!

Teknik Reflexology & Kebaikan
Teknik Reflexology & Kebaikan
Teknik Reflexology merupakan salah satu teknik urutan yang menggunakan tangan pada titik-titik tertentu. Namun reflexology hanya digunakan pada tapak kaki dan tangan.
Titik ini adalah sepadan dengan organ dan kawasan badan. Rawatan itu telah terbukti mendorong tindak balas penyembuhan, malah terbukti berjaya mengurangkan beberapa penyakit.

Urutan Terapi & Reflexology Adalah Berbeza
Reflexology berbeza dengan URUTAN TERAPI dimana urutan terapi focus kepada memanipulasi tisu untuk melegakan otot, melegakan ketegangan, dan meningkatkan peredaran darah. Urutan TERAPI ini boleh meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan secara keseluruhan keseluruhan.
Sedangkan REFLEXOLOGY menggunakan urutan pada titik yang disasarkan untuk memulihkan aliran tenaga ke seluruh badan yang merangsang fungsi organ-organ dalam tubuh badan.
Kebaikan Teknik Reflexology
Peranan utama reflexology adalah merangsang saraf-saraf yang ada untuk membantu melancarkan peredaran darah dan saliran tenaga yang tersumbat. Dengan cara ini aliran darah akan semakin baik dan nutrien yang diperlukan oleh tubuh badan dapat dihantar dengan sempurna.
Kebaikan tambahan lain kesan daripada reflexology boleh Urut Jawi senaraikan:
- Membersihkan badan dari toksin
- Meningkatkan sistem imun badan
- Meningkatkan peredaran darah
- Menggalakkan penyembuhan
Di Urut Jawi, teknik urutan yang digunakan adalah GABUNGAN antara URUTAN TERAPI dan REFLEXOLOGY untuk membantu mengurangkan rasa sakit dan dalam masa yang sama memangkin penyembuhan semula jadi badan para pesakit.
Dengan cara ini, tahap kesihatan para pesakit akan lebih baik dan boleh dijadikan rutin untuk memastika kesihatan badan berada pada paras optima. Urut Jawi suka menyarankan untuk mengulagi urutan sekurang-kurangnya 3 bulan sekali untuk mengekalkan tahap kesihatan badan.
5 Manafaat Mengurut Yg Wajar Diberi Perhatian
5 Manafaat Mengurut Yg Wajar Diberi Perhatian
Pasti ramai yang tertanya, kenapa mesti mengurut? Sebab apa mengurut ni bagus?
Mengurut ini bukan sesuatu yang perlu tunggu sakit baru perlu mengurut. Mengurut adalah budaya kesihatan yang baik diamalkan baik lelaki atau wanita dalam mengekalkan tahap kesihatan.

URUTAN PENYEMBUHAN di Urut Jawi adalah teknik urutan yang bertujuan untuk memastikan tubuh badan kita berfungsi mengikut apa yang sepatutnya. Teknik urutan ini memberi impak kepada OTOT, URAT dan ORGAN dalaman yang ada.
Dengan kenjadikan urutan ini sebagai rutin secara tidak langsung ia akan terus menerus meningkatkan daya tahan badan terhadap sebarang penyakit serta mengembalikan tenaga yang sebelum ini telah menurun.
Secara khususnya manafaat mengurut dapat Urut Jawi senaraikan seperti berikut
Melegakan Keresahan
Melalui urutan penyembuhan, ia dapat membantu mengurangkan keresahan yang sedang dialami dan menggantikan dengan rasa lebih tenang dan dalam masa yang sama meningkatkan daya tumpuan.
Mengatasi Kelesuan
Setelah penat bekerja dan berdepan dengan persekitaran yang tidak menentu menjadikan badan kita menjadi lesu. Namun kehidupan seharian kita memaksa kita melawan kelesuan ini dan akhirnya membawa kepada penyakit-penyakit lain.
Dengan mengurut kita dapat mengatasinya dan kembalikan stamina tubuh badan kita.
Menyembuhkan Penyakit
Melalui urutan penyembuhan, secara tidak langsung membuatkan anggota tubuh dan organ dalaman berfungsi mengikut yang sepatutnya. Selain daripada itu dengan peningkatan imunisasi terhadap penyakit menjadikan proses penyembuhan semula jadi dapat berfungsi dengan lebih berkesan.
Memulihkan Kecederaan
Urutan juga dapat menyembuhkan sakit-sakit yang melibatkan kecederaan seperti seliuh, sengal-sengal anggota dan kebas-kebas pada anggota badan.
Namun kecederaan ini bukanlah sesuai untuk semua jenis kecederaan, ia lebih kepada kecederaan berpunca dari urat dan otot.
Meningkatkan Daya Fokus
Dengan mengamalkan urut, badan kita secara tidak langsung dapat meningkatkan tahap fokus apabila badan kita kembali normal dan bertenaga setiap kali selesai sesi mengurut.
Urut Jawi sentiasa berusaha sebaik mungkin untuk memastikan setiap sesi urutan adalah bermakna dan bermanafaat kepada kesihatan para pesakit.
Teknik Urutan Urat Badan
Teknik Urutan Urat Badan
Salam sejahtera, terima kasih melayari BLOG URUT JAWI.
Dalam posting kali ini, Urut Jawi nak berkongsi URUTAN BADAN URUT JAWI yang diberikan kepada pelanggan kami

Teknik urutan ini sebenarnya sangat pelbagai namun urutan kami tidak menggunakan teknik massage sebaliknya urutan tradisional melayu dan digabungkan dengan teknik perubatan cina. Jadi para perawat yang bertugas akan menggunakan tangan atau alatan tambahan untuk memberikan tekanan pada titik-titik urat tertentu pada tubuh yang boleh membantu proses penyembuhan.
Gabungan teknik melayu dan teknik perubatan cina alhamdulillah banyak membantu Urut Jawi menyelesaikan masalah pesakit dan memberikan banyak kebaikan kepada para pelanggan kami.
Amalan kerja di URUT JAWI adalah mementingkan kebersihan kemudahan di tempat urut dengan pembersihan secara berkala serta SANITASI dibuat sebelum dan selepas sesi urutan termasuk membersihkan diri dan tangan para perawat.
FASA URUTAN 1
Fasa ini dibulakan dengan urutan pada bahagian belakang badan. Fasa ini membolehkan penyakit-penyakit urat atau angina yang berlaku pada bahagian badan ke atas pinggang diselesaikan terlebih dahulu.
Teknik tekanan dan gasakan urat akan digunakan supaya keseluruhan system badan dapat dibaiki dengan sempurna.
FASA URUTAN 2
Semasa fasa kedua, urutan akan tertumpu kepada bahagian pinggang dan ke bawah.
Sebagai pemangkin dan untuk pastikan urutan berkesan, teknik lipatan anggota badan dan rawatan garis tubuh digunakan untuk memastikan keselurusan urat saraf dapat dirangsang dengan baik.
Tumpuan akan diberikan pada bahagian peha, betis dan luar serta dalam bahagian tersebut. Celahan tulang betis juga akan diberi perhatian agar kesan urutan menjadi maksima.
FASA URUTAN 3
Fasa ketiga ini tertumpu kepada tapak kaki dimana reflexology akan digunakan sepenuhnya. Reflexology tapak kaki dapat menormalkan kembali fungsi-fungsi organ dalaman. Selain daripada itu kelebihan reflexology juga membantu dalam usaha untuk ikhtiar pengandung bagi yang sudah berkahwin.
FASA URUTAN 4
Fasa urutan terakhir ialah bahagian bahu, lengan, leher dan kepala. Pada bahagia ini kebiasaannya lebih tertumpu kepada lenguh-lenguh tangan. Dan kepala adalah bahagian penutup kepada sesi urutan ini.
Prosess urutan pemulihan ini mengambil tempoh masa sekitar 60 minit seningga 120 minit bergantung kepada pemilihan booking urutan dan keadaan pesakit. Para pesakit juga diberi kebebasan sama ada untuk memanjangkan sesi urutan mengikut keselesaan.
Urut, Massage, Acupressure, Acupuncture Apa Sebenarnya?
Urut, Massage, Acupressure, Acupuncture Apa Sebenarnya?
Salam sejahtera, terima kasih kerana melayari BLOG URUT JAWI.
Posting kali ini saya nak berkongsi dengan anda tentang term-term yang ada dalam dunia urut ni.
Ramai yang pening-pening dengan istilah yang terkait dengan urut ni. Hakikatnya semua, semua ni urut, massage, acupressure dan acupuncture ni tujuanya sama sahaja iaitu menyelesaikan masalah sakit yang ada pada pesakit. Tetapi antara 4 ni ada perbezaan-perbezaan yang anda perlu tahu dan kenali.
Acupuncture dan acupressure tepatnya berasal dari perubahan amalan tradisional Cina (Traditional Chinese Medicine atau TCM). Kedua-dua teknik ini mengenakan satu tekanan yang khusus kepada titik-titik tertentu pada tubuh badan. Cuma acupressure ini menggunakan tekanan daripada tangan kepada tubuh pesakit sedangkan acupuncture menggunakan jarum.

Urut atau massage pula lebih mirip kepada acupressure iaitu menggunakan tangan untuk memberi tekanan kepada titik-titik tertentu. Namun urutan melayu ini lebih mendalam dimana tekanan yang diberikan cukup kuat untuk mempengaruhi otot yang ada pada titik tersebut.
Dalam rawatan TCM teori yang digunakan lebih kepada meridian line atau laluan yang digunakan oleh tubuh untuk menyalurkan tenaga atau QI. Tetapi dalam urut tradisional melayu, meridian line ini dikenali sebagai urat utama yang memmbawa darah.
Teori perubatan Cina mengatakan “Apabila QI mengalir dengan baik, tubuh badan kita akan sihat dan jika QI ada yang terhalang, penyakin akan menyusul.” Jadi tekanan yang diberikan ke atas meridian line ini secara langsung menjadikan aliran QI tersebut kembali normal.
Manakala dalam teori urutan melayu, “Apabila darah mengalir baik, tubuh badan akan sihat dan aliran darah ini boleh terganggu oleh angina yang ada dalam badan kita”.
Pada kami di Urut Jawi, kedua-dua teori ini adalah merujuk kepada perkara yang sama iaitu aliran yang baik dan memulihkan aliran. Jadi URUTAN PENYEMBUHAN yang di buat di Urut Jawi merangkumi gabungan teori ini dimana tekanan urutan yang diberikan cukup kuat untuk membetulkan otot-otot terlibat dan dalam masa yang sama, tekanan yang telah diberikan dapat memastikan aliran darah atau QI berjalan dengan lancar kerana titik-titik urutan dan meridian line yang disebut sebelum ini adalah bersamaan.
Gabungan teori ini memberikan impak yang sangat baik. URUT JAWI berharap kami dapat berikan khidmat urutan ini kepada lebih ramai orang dari seluruh Malaysia.
10 Titik Urut Ajaib Boleh Diamalkan
10 Titik Urut Ajaib Boleh Diamalkan
Terima kasih sebab layari laman kami. Dalam post posting kali ini, kami nak kongsikan beberapa titik PENYEMBUHAN secara reflexology yang boleh anda amalkan untuk mengatasi pelbagai masalah kesihatan umum yang kita alami. Semoga bermanafaat ye.









